Assalammualaikum, How are u guys?
Sungguh tidak ku sangka personaliti melalui mata pun ada rupanye...
Warna mata di dalam artikel ini tidak termasuk untuk kanta lekap bewarna ye. Apakah warna anak mata anda?
Jom tengok cermin dulu hihihihi.....
JOM TENGOK......
Penulis buku "Jane Eyre" iaitu Charlotte Bronte
mengatakan mata bukan sahaja mentafsirkan perasaan, tetapi juga personaliti
diri. Warna mata berbeza bergantung kepada pigmen melanin yang terdapat dalam
iris mata. Warna mata dan personaliti adalah seperti berikut:
1. Warna anak mata hitam
* Pemilik anak mata hitam adalah seorang yang
penuh bersemangat.
* Komited terhadap
kerjaya dengan memberikan tumpuan 100% terhadap tugasan yang dilakukan.
*Seorang yang
berdaya saing dengan cara melakukan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin
berbanding orang lain.
* Seorang yang
perahsia dan tidak mudah terpengaruh dengan perasaan sendiri.
* Sukar untuk jatuh
cinta, tetapi apabila telah mencintai seseorang pasti akan menjadi pencinta
yang setia.
* Seorang yang boleh
dipercayai kerana mereka bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan.
* Suka menegakkan
kebenaran walaupun tahu dirinya yang bersalah.
* Bukan seorang yang
penyabar dan tidak suka menunggu terlalu lama.
2. Warna anak mata coklat
* Warna coklat
adalah warna tanah yang mewakili kesederhanaan, kekuatan dan kreativiti.
* Pemilik anak mata
coklat adalah seorang yang sukakan alam semulajadi dan tidak terlalu
mementingkan kebendaan (materialistik).
* Seorang pencinta
yang hebat dan tahu bagaimana untuk membuatkan pasangan berasa istimewa dan
mempercayai mereka.
* Kelihatan menarik
dan nampak comel.
* Seorang yang suka
mencari kawan baru (extrovert).
* Namun takut untuk
menunjukkan perasaan sebenar di hadapan orang lain.
* Pandai bergurau
dan boleh menggembirakan orang lain.
* Seorang yang bijak
dan mampu memberikan nasihat kepada orang lain.
* Kreatif dan
mempunyai citarasa yang tinggi terhadap fesyen.
3. Warna anak mata biru
* Pemilik mata biru
kelihatan lebih muda. Hinggakan ramai orang yang suka memakai kanta lekap
bewarna biru.
* Seorang yang
kelihatan menarik, menawan dan peramah.
* Spontan dan
bertenaga di dalam menjalani kehidupan mereka.
* Memiliki kelebihan
semulajadi untuk menggembirakan orang lain.
* Suka membantu
orang di sekeliling mereka dengan sedaya upaya mereka dengan penuh keikhlasan.
* Mahukan keluarga
yang bahagia bersama pasangan dan memerlukan komitmen yang sepenuhnya dari
pasangan.
* Memiliki kuasa
pemerhatian yang tajam.
* Suka membebel dan
tidak pemalu serta suka mengekspresikan
perasaan mereka secara terbuka.
perasaan mereka secara terbuka.
4. Warna anak mata kelabu
* Bersifat
kepimpinan kerana mereka memahami isu kedua-dua pihak yang tidak bersefahaman
dan mampu untuk menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri .
* Seorang yang kuat dan tabah walaupun diberikan
tekanan besar.
* Mudah menyesuaikan
diri dengan persekitaran baru.
* Tidak suka berdiam
diri dalam jangka masa yang lama.
* Seorang yang
pintar dan pandai berniaga.
* Kelihatan tenang
dan disenangi oleh orang di sekeliling mereka.
* Bersikap rasional
dan penyimpan rahsia yang baik.
* Memastikan diri
dan persekitaran sentiasa kemas dan bersih, namun tidak keterlaluan
mengenainya.
* Mampu untuk
menguruskan kehidupan dengan baik dan membuat keputusan yang bijak.
* Seorang pencinta
yang setia dengan hubungan yang berkekalan dan romantik.
5. Warna anak mata hijau
* Seorang yang
bertenaga dan kreatif.
* Sukakan
pengembaraan dan sanggup menyahut cabaran.
* Jika disakiti,
pasti mereka akan akan mencari jalan untuk membalas dendam.
* Penceramah yang
baik dan sangat pintar.
* Tidak suka orang
lain masuk campur dalam kehidupan mereka.
* Seorang pencinta
yang baik dan menjalinkan hubungan yang berpanjangan. Namun kadang kala mereka mudah
cemburu.
* Suka membuatkan
orang lain ketawa dan mempercayai mereka.
* Namun jika tersalah cakap pasti
mereka akan membalasnya sehingga menampakkan kita seakan bodoh.
6. Warna anak mata hazel
* Pemilik mata hezel
suka menerima cabaran.
* Tidak akan
berundur di dalam perjuangan dan membuktikan dirinya yang terbaik.
* Kurang sabar dan
jangan mengganggu mereka ketika sedang marah.
* Memiliki semua
sifat-sifat orang yang bermata coklat dan hijau.
* Seorang yang
spontan dan suka mengambil kesempatan.
* Kelihatan cantik
dan elegan.
* Di dalam
perhubungan selalunya cenderung untuk hubungan jangka pendek walaupun romantik.
* Seorang yang suka
mencuba dan sangat bertenaga serta berani.
Lasupadora0790@blogspot.com
Ini blog suka-suki saje :)
No comments:
Post a Comment