PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR
Assalammualaikum n hello u all
Okay..kali ini entri
sy ttg personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir.
Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya
tarikh lahir kamu jatuh pada 27hb Julai, bermakna kamu mewakili warna merah
jambu. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna
tersebut.
2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah
Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari –
Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru
Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April – Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua
(Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember –
Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)
MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna
merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka
disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala
dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang
mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila
berdampingan dengan meraka.
KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka
bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi
persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk
mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada
teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu!
Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari
segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan
tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar
kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan
sayang!
TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira
lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan
fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan
lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah.
Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan
pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan
diri kamu punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha sedaya mungkin
untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong
orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu
sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap
orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.
HIJAU
Salah satu kelebihan yang kamu miliki
ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin
kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh
membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin
diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun
selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan
jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu
lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul
dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah
yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang
benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu
lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi
untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING
Kamu seorang yang manis, tenang dan
sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling
kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan
termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu
dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana
fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa
saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!
MAROON
Bagi kamu yang mewakili warna maroon
ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri
kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat
kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang
menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak
terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap
setia kamu dalam perhubungan!
OREN
Syabas! Kamu ini jenis orang yang
berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan.
Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak
mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu
disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi
target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal
perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi
bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga
dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri
rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang
benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari
pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan
agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood
memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu
dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung
untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri
kamu lebih dekat lagi.
LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang
masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan
bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana
perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya
personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu
ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang
berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang
berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu
yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru
mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri
untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu
lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun
hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi
usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya
keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba
mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu
gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat
keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu
mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu
berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang mewakili warna ini
dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga
kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan
teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka.
Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan
terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak
suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa
lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif
teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong
jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah
jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu
kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’
kamu untuk memilikinya nanti?
KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh
warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu
dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan
dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa
juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang
lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya
keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu.
Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada
diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan
sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya
berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat
jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta
kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus
hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu
harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
BIRU LAUT
Kamu
mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu,
jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang
berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu
juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah
kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi,
belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan
si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu
sendiripun ada melakukan kesilapan!
PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan
berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan
penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan
kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga
sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang
tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan kamu ni
rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala
buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih
suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan
pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.
Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah
percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam
bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan
diri.
Sumber:
Lasupadora0790.blogspot.com
Ini Blog Suke-Suke
Jer
No comments:
Post a Comment